Monday, October 25, 2021

Penerima vaksin: Lagi 59 pertatus untuk mencapai sasaran

Mesti baca

KUCHING: Sarawak masih perlu merekodkan 59 peratus jumlah penerima vaksin bagi membolehkannya mencapai tahap kekebalan kelompok daripada jangkitan Covid-19.

Setakat ini Sarawak menyaksikan 438,621 individu divaksin, iaitu 21.47 peratus daripada penduduknya di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Jumlah keseluruhan pemberian vaksin di negara ini  ialah 5,108,938 dos setakat 16 Jun lalu.

Namun, dua hari lalu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari menyatakan sasaran Sarawak adalah untuk menyuntik sehingga 50,000 sehari bagi mempercepat kadar pemberian vaksin.

Langkah lain adalah dengan menambah jumlah Pusat Pemberian Vaksin (PPV), selain membenarkan penduduk di luar bandar melakukan suntik dahulu, daftar kemudian disebabkan keketerhadan dari segi kemudahan Internet, telefon pintar dan juga celik teknologi.

Sarawak ketika ini mempunyai 71 PPV.Sejumlah 1,404,883 orang atau sekitar 69 peratus daripada penduduk di negeri ini telah mendaftarkan diri untuk vaksinasi.

Setakat semalam, 58,034 kes jangkitan di rekodkan di sarawak dengan 366 kematian keseluruhan, termasuk dua kematian terbaharu.

Semalam sahaja 559 kes jangkitan baharu dicatatkan, meneruskan trend sekitar lebih 500 kes sehari untuk dua minggu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru