Thursday, December 9, 2021

Pemuda PN akan terus amal politik khidmat bakti

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pemuda Perikatan Nasional  (PN) menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertarikh 16 Jun 2021.

Menurut Ketua Pemuda PN, Khairil Nizam khirudin, Pemuda Perikatan Nasional sebagai entiti yang sentiasa menjunjung tinggi sistem Raja Berperlembagaan melalui Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

“Titah Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu agar mengutamakan nyawa dan kehidupan rakyat adalah selari dan bertepatan dengan iltizam Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila Pelan Pemulihan Negara yang baru diumumkan melihatkan kepada satu gerak kerja inklusif, ditambahbaik dan menyeluruh dalam usaha strategi keluar negara daripada kemelut Covid-19 yang melanda,” katanya.

“Pemuda Perikatan Nasional akan terus mengamalkan politik khidmat bakti yang mengutamakan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Justeru, Pemuda Perikatan Nasional memohon agar kerajaan dapat mempertimbang potongan 20 peratus bagi penggunaan elektrik kediaman, memberi moratorium bersasar pada golongan M40 dan sektor perniagaan dan mengambil tindakan tegas pada peniaga yang menaikkan harga barangan.

“Pemuda Perikatan Nasional akan terus konsisten mendukung kedaulatan institusi Raja Berperlembagaan berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang,” tegasnya.

Sementara itu, pada 16 Jun lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda bertitah, ini bagi membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dapat dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru