Wednesday, September 22, 2021

Lebih 600,000 isi rumah M40 jatuh ke B40

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Lebih daripada 600,000 isi rumah dari golongan berpendapatan pertengahan (M40) telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah B40 kerana krisis Covid-19 yang memberikan tamparan hebat terhadap tahap pendapatan rakyat Malaysia.

Menurut Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (AEC), seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan untuk tahun 2019 seperti dipetik Astro, sekurang-kurangnya 8 peratus isi rumah memperlihatkan penurunan pendapatan di ambang pendapatan maksimum B40 iaitu RM4,850 sebulan.

Penurunan tahap pendapatan yang ketara ini menimbulkan kebimbangan mengenai peningkatan ketidaksamarataan dan kesan terhadap kedudukan sosioekonomi rakyat Malaysia.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pakej bantuan bernilai RM380 bilion sebagai rangsangan untuk menangani kesan Covid-19 terhadap perniagaan, pengangguran, tahap pendapatan dan golongan masyarakat rentan.

Pengarah Eksekutif EAC Prof Tan Sri Noor Azlan Ghazali mengatakan anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Malaysia menurun kepada RM42,107 pada tahun 2020, berbanding RM45,973 pada tahun 2019 sebelum wabak COVID-19.

“Pandemik telah menyebabkan KDNK per kapita menyusut kira-kira 8.4 peratus. Sebelum ini kita pada kadar 10.5 peratus ambang pendapatan yang digariskan Bank Dunia, namun ketika ini kita ketinggalan 18 peratus,” jelasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru