Wednesday, September 22, 2021

Jakarta diburu kebimbangan 

Mesti baca

JAKARTA: Ibu negara Indonesia, Jakarta diburu kebimbangan ekoran jumlah jangkitan baharu wabak Covid-19 di kota raya itu kembali melonjak dengan 4,144 kes direkodkan pada Khamis.

Ekoran peningkatan ketara, pakar kesihatan dari Universiti Indonesia, Tri Yunis Miko Wahyono mencadangkan kepada kerajaan agar segera melaksanakan pembatasan sosial berskala besar (PSBB) atau lockdown dalam usaha menghentikan penyebaran Covid-19 di bandar raya itu.

“Tiada jalan lain kecuali lockdown, itu sahaja cara terbaik untuk menghentikan penularan Covid-19,” kata Tri seperti dilaporkan portal berita Kompas yang turut dipetik Bernama pada Jumaat

Kata Tri lagi, pendekatan lockdown sebelum ini seperti protokol kesihatan dan tidak membenarkan aktiviti sosial sudah tidak lagi efektif memandangkan sudah terbukti pengawasan sangat sukar dilakukan.

Bagaimanapun, Tri tidak yakin pemerintah Jakarta bersedia untuk melakukan lockdown di kota kerana kuasa untuk melaksanakannya terletak di tangan kerajaan Pusat.

Manakala, kerajaan Pusat pula, tegas beliau, tidak akan melaksanakan perintah kawalan pergerakan itu kerana memikirkan soal pergerakan ekonomi.

“Pemerintah (Pusat) tidak akan melakukan lockdown kerana ekonomi, tapi kes (COVID-19) akan terus bertambah,” kata Tri lagi.

Pada Khamis, jangkitan baharu Covid-19 di Jakarta direkodkan sebanyak 4,144 sekali gus menjadikannya lonjakan tertinggi sejak pandemik itu menular di negara berkenaan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru