Wednesday, September 22, 2021

Sembilan rumah panjang di Sarawak dikenakan PKPD

Mesti baca

KUCHING: Sebanyak sembilan rumah panjang di Sungai Rassau, Batang Igan, Matu di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 19 Jun sehingga 2 Julai depan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  berkata, sebanyak 48 kes positif dikenal pasti di kawasan tersebut hasil daripada saringan membabitkan 84 penghuni.

“Kementerian Kesihatan (KKM) juga mendapati penularan mula berlaku dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, rumah panjang yang terlibat ialah Rumah Panjang Salim anak Unang; Rumah Panjang Judy anak Kudi; Rumah Panjang Mathew anak Merang; Rumah Panjang Danggang anak Ujang; Rumah Panjang Lait anak Ijang; Rumah Panjang Chandi anak Kilau; Rumah Panjang Putut anak Jugah; Rumah Panjang Sadin anak Jeli; dan Rumah Panjang Mador anak Rendah.

Selain itu, turut dikenakan PKPD pada tarikh yang sama ialah Asrama Pekerja Warga Asing dan Kawasan Kilang Wah Cens Plastic Industries & Rainbow Metal Sdn Bhd di Segamat, Johor.

Beliau berkata, hasil pemantauan KKM mendapati berlaku peningkatan sebanyak 52 kes positif dalam tempoh seminggu setelah 488 individu menjalani saringan di lokaliti terbabit.

Secara Rawak

Artikel Terbaru