Tuesday, September 21, 2021

Pusat Saringan Sehenti COVID-19 Samarahan mudah, cepatkan proses saringan

Mesti baca

KOTA SAMARAHAN: Majlis Pelancaran Pusat Saringan Sehenti COVID-19 Bahagian Samarahan telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang pada Rabu.

Katanya, pembukaan pusat saringan tersebut akan lebih memudahkan orang ramai memandangkan ia bukan sahaja menyediakan perkhidmatan saringan secara datang sendiri (walk-in) malah turut diadakan secara pandu lalu berdasarkan temujanji.

Dalam pada itu, menurut Pegawai Kesihatan Bahagian Samarahan, Dr Nur Fatihah Oh Abdullah, sebelum ini proses saringan COVID-19 dilaksanakan di Klinik Kesihatan Kota Samarahan yang mana kawasannya agak terhad dan sesak.

Oleh yang demikian, beliau amat berbesar hati di atas persetujuan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Samarahan menyediakan pusat baharu itu yang boleh mengawal kapasiti saringan seramai 200 hingga 400 orang sehari, sekaligus mempercepatkan pengesanan kes jangkitan dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19 dari terus merebak.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru