Wednesday, September 22, 2021

Pelan mengaku kalah, pelan tanpa apa-apa pelan, dakwa PH

Mesti baca

KUALA LUMPUR: “Bagaikan satu ‘pelan mengaku kalah’ pada pandemik COVID-19.”
Majlis bagi Presiden Pakatan Harapan (PH) pelan yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang Khamis ialah satu ‘pelan’ tanpa apa-apa pelan yang sebenar.

Itu rumusan pandangan Majlis Presiden PH tentang Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada petang Khamis.

Jelasnya, Pelan Pemulihan Negara berkenaan hanya siri fasa tanpa strategi yang komprehensif, selain tidak merangkumi bantuan secukupnya kepada rakyat dan pihak yang terjejas.

“Walau bagaimanapun, kami terkejut apabila mendapati bahawa ianya hanyalah siri fasa tanpa strategi yang lengkap mahu pun langkah-langkah yang jelas, bersepadu dan menyeluruh untuk mengatasi pandemik COVID-19 dan memberi bantuan secukupnya kepada rakyat serta syarikat-syarikat yang sedang menderita, memulihkan ekonomi, dan menyegerakan kebangkitan semula Malaysia,” kata PH .

Malah, menurut Majlis Presiden PH lagi, lebih mengejutkan ialah siri fasa ‘pelan’ tersebut kononnya berasaskan sains dan data, namun realitinya data yang dimaksudkan tidak telus, tidak terbuka dan tidak terperinci untuk diteliti orang ramai, dan mudah termanipulasi seperti yang pernah kita saksikan sebelum ini,”

“Jika diikut juga ‘pelan’ ini, akhirnya yang akan dipersalah dan menjadi mangsa sekiranya pandemik tidak dapat dikawal adalah rakyat,” kata kenyataan itu lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru