Friday, July 30, 2021

Kuching, Mukah, Sibu, Bintulu catat kes tinggi

Mesti baca

KUCHING: Sarawak mencatatkan 570 kes baharu Covid-19 hari ini dan sekali gus menjadikan kes positif di negeri ini meningkat kepada 57,475 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, sejumlah 318 atau 55.78 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di empat buah daerah iaitu di daerah Kuching, Mukah, Sibu dan Bintulu.

“Daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Kuching (98), Mukah (92), Sibu (82), Bintulu (46), Song (31), Sri Aman (31), Miri (25), Sarikei (23), Pakan (23), Serian (23), Matu (21), Kapit (16), Bau (15), Tatau (10), Lundu (7), Telang Usan (4), Tanjung Manis (3), Kanowit (3), Marudi (3), Bukit Mabong (3), Selangau (3), Tebedu (2), Beluru (2), Julau (1), Meradong (1), Asajaya (1) dan Samarahan (1).

“Daripada 570 kes baharu yang dilaporkan, seramai 67 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala, seramai 483 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, JPBN mendedahkan terdapat enam kes kematian baharu melibatkan jangkitan Covid-19 dilaporkan dan sekali gus menjadikan jumlah kematian meningkat kepada seramai 364 orang.

Secara Rawak

Artikel Terbaru