Sunday, July 3, 2022

200 penduduk Pusa terima suntikan vaksin hari ini

Secara Rawak

PUSA: Dijangka 200 penduduk sekitar Pusa menjadi kelompok pertama yang akan menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksian (PPV) Dewan Masyarakat Kampung Kalok, hari ini.

Menurut pegawai penyelarasnya Iszarul Japar, PPV Dewan Masyarakat Kampung Kalok merupakan antara lima PPV yang ada di Bahagian Betong.

Katanya, kesemua penerima suntikan vaksin sudah dimaklumkan melalui panggilan telefon atau aplikasi MySejahtera masing-masing.

“Saya harap mereka yang tersenarai dapat hadir mengikut ketetapan yang telah dinyatakan dengan jelas.

“Patuh SOP, dan jangan lupa bawa kad pengenalan, kad kesihatan (jika ada), pensanitasi tangan dan pen,” katanya di sini, hari ini.

Senarai 200 penerima yang akan menerima suntikan vaksin di PPV Dewan Masyarakat Kampung Kalok ialah mereka yang tinggal di kawasan Kampung Kalok, Dato Godam, Mangut, Pasar Pusa, Tuie, Tengah Pusa, Hulu dan Hilir Pusa.

Untuk sesi berikutnya bermula 15 Jun, beliau menyeru orang ramai agar merujuk aplikasi MySejahtera masing-masing.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru