Sunday, July 3, 2022

Kuching, Bintulu, Sibu terus catat kes tinggi

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak merekodkan 544 kes baharu positif Covid-19 dengan lima kematian, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini meningkat kepada 55,443.

“Setakat hari ini, daerah Kuching kembali mencatatkan kes dengan jumlah tertinggi (85), diikuti Bintulu (77), Sibu (63), Miri (46), Saratok (33), Mukah (29), Sri Aman (27), Dalat (26), Sarikei (25), Song (19), Kanowit
(16), Kapit (15), Bukit Mabong (14), Subis (12).

“Manakala, Bau (10), Tatau (9), Asajaya (9), Serian (7), Lundu (5), Marudi (3), Samarahan (2), Telang Usan (2), Sebauh (2), Tebedu (2) Pakan (1), Tanjung Manis
(1), Beluru (1), Lubok Antu (1), Selangau (1) dan Matu (1),” kata JPBN dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, JPBN memaklumkan daripada lima kes kematian baharu yang direkodkan hari ini masing-masing dua kes dilaporkan di Hospital Miri dan Hospital Kapit manakala satu kes di Hospital Sarikei.

“Kesemua mangsa tersebut berusia antara 31 hingga 80 tahun yang melibatkan warga Sarawak.

“Susulan penambahan kes kematian akibat Covid-19 itu, ia menjadikan jumlah kes telah meningkat kepada seramai 351 orang,” ujarnya.

Menjelas lanjut, JPBN menyatakan setakat hari ini juga terdapat 871 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan sebanyak 45,591
orang atau 82.23 peratus individu sudah sembuh di negeri ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru