Friday, July 30, 2021

Skala Gred SPM bukan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia

Mesti baca

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada hantaran di media sosial Facebook milik MamaMia Mia pada 11 Jun 2021 mengenai ‘Skala Gred SPM’ dengan kapsyen “Patut aku pelik budak2 sekarang berderet A.” dan “#bilasekolahdipolitikkan” yang kini sedang tular.

Adalah ditegaskan bahawa ‘Skala Gred SPM’ yang tular tersebut adalah bukan milik Lembaga Peperiksaan, KPM. ‘Skala Gred SPM’ tersebut menggambarkan seolah-olah ianya gred pemarkahan sebenar SPM tahun 2020 dan boleh mengelirukan orang ramai, terutamanya ibu bapa dan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020. Hantaran tersebut mencemar imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Peperiksaan sebagai badan pentaksiran negara dan menggugat ketenteraman awam.

Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan polis pada jam 10.31 malam, 11 Jun 2021 serta laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi siasatan lanjut.

Secara Rawak

Artikel Terbaru