Tuesday, September 21, 2021

Sarawak turut sambung PKP 14 hari

Mesti baca

KUCHING: Sarawak akan mengikuti keputusan yang dibuat oleh Putrajaya untuk menyambung semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sehingga 28 Jun.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah dalam pesanan ringkasanya kepada media semalam.

“Kita ikut keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.

“Ia adalah menyeluruh jadi kita ikut,” katanya ringkas.

Sebagai rekod, PKP di Sarawak berakhir semalam.

Sementara itu, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya semalam berkata PKP 3.0 yang dijadualkan berakhir pada Isnin depan disambung semula bagi tempoh dua minggu lagi sehingga 28 Jun berikutan kes harian positif Covid-19 masih tinggi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru