Friday, July 30, 2021

Pengantin meninggal pada majlis kahwinnya

Mesti baca

DELHI: Dalam insiden agak luar biasa, adik kepada pengantin terpaksa menjadi bidan terjun menggantikan tempat kakaknya yang meninggal secara tiba-tiba ketika majlis perkahwinannya sedang berlangsung.

Kejadian itu berlaku di Uttar Pardesh dan pengantin tersebut dikenali sebagai Surabhi sepatutnya berkahwin dengan bakal suaminya, penduduk tempatan iaitu Manoj Kumar.

Surabhi dikatakan mengalami serangan jantung dan meninggal dunia pada majlis tersebut.

Menurut Foxnews, keluarga kedua-dua pihak tidak menghentikan majlis itu sebaliknya bersetuju meneruskan upacara perkahwinan dengan menggantikan pengantin perempuan dengan adiknya, Nisha.

Jasad Surbhi disimpan di bilik berasingan semasa majlis berlangsung dan dibakar selepas majlis selesai, kemudian dikremasi.

Netizen yang mengikuti kisah keluarga ini berpendapat ada dua perkara yang menjadi penyebab mengapa majlis tersebut tetap diteruskan.

Pertama keluarga pengantin wanita mahu mendapat emas kahwin yang dijanjikan, manakala keluarga pengantin lelaki mahu mengelak stigma kembali dari perkahwinan tanpa pengantin perempuan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru