Friday, July 30, 2021

Pekerja wanita dipecat, tutup kamera CCTV dengan payung

Mesti baca

GUANGDONG: Mahkamah Guangdong menolak tuntutan pampasan wanita yang dipecat jawatannya.

Wanita tersebut dikenali sebagai Zhang, dipecat kerana sengaja menggunakan payung untuk menutup kamera CCTV yang dipasang tepat di atas tempat duduknya, yang didakwanya “melanggar privasinya”, lapor media tempatan.

Kes itu bermula Jun 2019, apabila bekas majikannya memasang beberapa kamera resolusi tinggi di pejabat tersebut dengan salah satu daripadanya diletakkan di dinding berhadapan meja Zhang.

Zhang menggunakan dua payung untuk menghalang kamera itu merakam dirinya kerana dia bimbang ia melanggar keselesaan peribadinya oleh “bos lelaki” kerana lokasi kamera itu menjadikannya “terdedah” kata laporan tersebut.

Majikannya tidak berpuas hati dengan tingkah laku Zhang dan memberi amaran kepadanya secara bersemuka dan bertulis.

Namun Zhang tetap enggan menutup kamera tersebut menggunakan payung-payungnya.

Syarikat itu menamatkan kontrak buruh Zhang atas alasan wanita itu melakukan pelanggaran disiplin yang serius dan menjejaskan tujuan syarikat untuk menguruskan pekerja dengan lebih baik.

Namun, Zhang mengatakan pengurusan syarikat tidak terjejas kerana kamera yang diletakkan di tempat lain di pejabat itu masih dapat dipantau.

Dia turut menyaman syarikat itu dan menuntut pampasan 330,000 yuan (RM212,700) kerana menamatkan kontrak buruh secara tidak sah.

Mahkamah tempatan membicarakan kesnya dan menolak tuntutan Zhang, lapor Global news.

Secara Rawak

Artikel Terbaru