Friday, July 30, 2021

Operasi jejaki wanita hilang di Julau diteruskan

Mesti baca

SARIKEI: Operasi mencari dan menyelamat seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang di Bukit Tugung, Nanga Lijan, Julau sejak Khamis lalu diteruskan hari ini.

Pencarian yang disertai Angkatan Pertahana Awam ( APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat , Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan orang awam itu, ditangguhkan semalam.

Pada masa yang sama, khidmat dua ekor anjing pengesan turut digunakan untuk membantu mengesan kedudukan mangsa.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Lt. (PA) Mirwan Shah Bin Haji Masri, berkata, operasi hari kedua tertimpu di kawasan kira-kira dua kilometer persegi dan mungkin diperluaskan daripada Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

“Menurut laporan yang dibuat oleh penduduk kampung di Balai Polis Julau, mangsa hilang selepas mencari hasil hutan di bukit Tugung Ng Lijan,Julau.

“Mangsa, Ijah Lassa, 54, dilaporkan hilang selepas keluar rumah untuk mencari umbut.

“Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 3.00 petang Rabu lalu. Berikutan itu, satu laporan Polis dibuat sebelum operasi SAR dilancarkan,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru