Friday, July 30, 2021

Najiib saran kerajaan beri bantuan khas kepada penceramah bebas

Mesti baca

KUCHING: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyarankan  satu bantuan khas diberi kepada ustaz dan penceramah bebas yang terkesan susulan pelaksanaan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memungkinkan mereka terus memberi perkhidmatan secara atas talian dari rumah tanpa perlu ke masjid.

Menurut beliau, PKP telah menyebabkan mereka tidak boleh turun ke masjid menyampaikan kuliah secara bersemuka, kata bekas perdana menteri, Najib Razak.

Katanya, bantuan itu juga dapat disalurkan kepada masjid-masjid oleh Majlis Agama Islam negeri untuk disalurkan kepada penceramah terlibat.

“Mereka ini guru untuk kita semua, mengajar fardu ain, mengajar al-Quran atau tauliah khas menyentuh pelbagai topik berkaitan,” kata Ahli Parlimen Pekan di Facebook.

Kata Najib lagi, beliau maklum ada penceramah yang membuat Facebook “live” untuk memberi penerangan, tetapi jika kerajaan mewujudkan bantuan khas atas usaha mereka itu, sudah pasti ia akan meringankan beban kehidupan ketika pandemik.

“Mereka juga boleh digerakkan melalui senarai dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing dan bantuan ini boleh disalurkan kepada masjid di seluruh negara untuk menggunakan khidmat penceramah ini melalui sesi Facebook ‘live’ di laman FB masjid masing-masing,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru