Friday, July 30, 2021

Mendarat di padang bola sepak, penerjun payung diberikan kad kuning oleh pengadil

Mesti baca

WARSAW: Melalui video tular di media sosial, penerjun payung mendarat di padang bola ketika perlawanan bola sepak berlangsung.

Kedatangannya mengejutkan pemain Olimpia Elbag dan Pisa Primavera Barczewo menyebabkan permainan dihentikan seketika.

Pengadil ketika itu berada di tengah padang kemudian berjalan menghampiri penerjun dan spontan memberinya kad kuning menyebabkan penonton ketawa geli hati.

Perlawanan dimulakan selepas penerjun itu dibantu pekerja stadium keluar padang, lapor Mail Online.

Segelintir pengguna media sosial yang menyaksikan video ini berpendapat lelaki terbabit sepatutnya diberikan kad merah.

Secara Rawak

Artikel Terbaru