Friday, July 30, 2021

Kerjasama menang-menang dengan China

Mesti baca

KUCHING: Selagi China dan Malaysia saling menyokong dan membantu dengan kepercayaan dan semangat muhibah, selagi itulah kerjasama menang-menang akan menguntungkan kedua-dua negara.

Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching, Cheng Guangzhong berkata, Malaysia, juga Sarawak, merupakan negara jiran yang penting di rantau Asia-Pasifik, rakan penting di bawah intisatif ‘Belt and Road’.

“Dalam tempoh 47 tahun lalu,  di bawah hubungan diplomatik dua hala, China memberi perhatian penting kepada Malaysia dalam pelbagai bidang, dan kedua-dua negara kini merupakan dua jiran yang baik, sahabat yang baik, dan rakan yang baik  pada waktu senang dan susah,” katanya.

Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching, Cheng Guangzhong

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena ulang tahun keseratus Parti Komunis China (CPC).

Cheng berkata, CPC berjuang membina masyarakat yang mengongsikan masa depan bersama, berpegang kepada amalan tradisi pentingnya diwujudkan dunia yang bersatu dan aman.

CPC, jelasnya telah menjalin hubungan dengan parti politik di Malaysia dan negara-negara lain di dunia.

“Hubungan antarabangsanya, kini semakin mendalam, meluas, menyeluruh, dan dilakukan melalui pelbagai saluran, telah mendatangkan perspektif baharu.

“Ketika ini CPC mengadakan hubungan dengan 560 parti politik dan pertubuhan di lebih 160 negara dan rantau di seluruh dunia, dan lingkungan rakannya sentiasa ditambah,” katany lagi.

Kata Cheng lagi, ketika ini dunia berdepan ancaman Covid-19, dengan peningkatan ketidakstabilan dan ketidaktentuan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru