Wednesday, September 22, 2021

Dr Sim: Dua dos vaksin bukan jaminan tidak dijangkiti Covid-19

Mesti baca

KUCHING: Kes jangkitan Covid-19 yang dialami Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof membuktikan suntikan dua dos vaksin bukan jaminan menyeluruh bahawa seseorang tidak akan dijangkiti virus berkenaan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, adalah satu tanggapan salah merupakan jaminan passport kekebalan.

Menyatakan demikian melalui catatan di Facebooknya, Dr Sim yang juga penasihat JPBNS berkata, vaksinasi bertujuan untuk melindungi seseorang dengan mengurangkan risiko kemungkinan dijangkiti virus maut itu.

Walaupun kemudiannya mereka dijangkiti, kesan virus berkenaan tidak akan terlalu teruk, justeru risiko berdepan kematian dapat dikurangkan. Katanya, banyak pihak yang tentu tidak memahami bahawa, suntikan berkenaan juga bertujuan untuk mengelak virus berkenaan daripada bermutasi menjadi varian baharu yang kemungkinan menyebabkan vaksin kurang berkesan.

“Itulah sebabnya kita perlu menyuntik rakyat secepat mungkin bagi mengelak varian daripada mutasi.

Namun, katanya, mengingatkan individu yang telah menerima vaksin juga masih diperlukan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari apabila memasuki Sarawak.

Fadillah Yusof  dilaporkan telah disahkan positif Covid-19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal pada Khamis.

Perkara itu dimaklumkan Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Fadillah telah menjalani rutin ujian saringan jam 10.15 pagi Khamis sebelum disahkan dijangkiti wabak itu.

“Sebelum ini beliau sentiasa menjalani ujian saringan dari semasa ke semasa dan keputusan adalah negatif termasuk terkini pada 3 Jun 2021.

“Datuk Seri Fadillah kini berada dalam keadaan stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul,” kata kenyataan itu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru