Friday, July 30, 2021

DBKU tidak benarkan semua sektor pembinaan beroperasi hingga 28 Jun

Mesti baca

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) tidak membenarkan semua sektor pembinaan untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan bermula 15 Jun hingga 28 Jun ini.

Menurut Pengarahnya Dr Morshidi Ahmad dalam kenyataan hari ini, pihaknya hanya membenarkan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan kritikal di tapak binaan sahaja.

“Kerja pembinaan dan penyelenggaraan itu telah disenaraikan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP.

“Ini kerana dikhuatiri jika kerja pembinaan atau penyelenggaraan yang tertangguh boleh mendatangkan bahaya atau kemudaratan kepada orang awam dan persekitaran,” katanya.

Justeru, tegas Dr Morshidi, DBKU mengingatkan kontraktor yang terlibat untuk sentiasa mematuhi SOP PKP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam pada itu, arahan dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak juga perlu dipatuhi dari semasa ke semasa.

Secara Rawak

Artikel Terbaru