Friday, July 30, 2021

176.03 juta sudah dijangkiti, 3.80 juta mati

Mesti baca

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini  sudah mencecah 176.03  juta manakala jumlah kematian keseluruhan ialah 3.78 juta.

Data terbaharu  Worldometers pada pagi Sabtu menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.30 juta kes dengan lebih 614,730 kematian termasuk 419 kematian dalam 24 jam lalu.

Ini diikuti India dengan lebih 29.35  juta kes dengan 367,097  termasuk 4,000 kematian terbaharu dan Brazil dengan lebih 17.30 juta kes dengan  484,350  kematian termasuk 2,215  kematian terbaharu.

Negara yang mencatat angka melebihi lima juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.

Perancis merekodkan   lebih 5.73 juta kes jangkitan dan 110,344  kematian manakala Turki 5.31 juta jangkitan dengan  48,593  kematian.

Rusia pula merekodkan 5.18 juta kes jangkitan dengan 125,674 kematian.

United Kingdom, Itali dan Argentina mencatat kes melebihi empat juta kes.

Jerman, Sepanyol,  Colombia dan iran pula mencatat lebih tiga juta kes.

Poland, Mexico, Ukraine dan Peru mencatat lebih dua  juta kes.

Secara Rawak

Artikel Terbaru