Wednesday, September 22, 2021

130,641 sudah terima dua dos vaksin di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Sarawak menyaksikan 130,641 orang telah menerima kedua-dua dos daripada 1,267,758 individu yang telah melengkapkan penerimaan dua dos vaksin Covid-19 di negara ini di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat Khamis.

Sarawak amntara lima negeri yang merekodkan penerima kedua-dua dos tertinggi.

Mendahului senarai ialah Selangor, sebanyak  165,516 dos,  diikuti Sarawak (130,641), Kuala Lumpur (118,255), Johor (117,725) dan Perak (115,298).

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham melalui akaun Twitternya,  2,835,178 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 4,102,936 dos.

Dalam fasa pertama program itu dari Februari hingga April lepas, kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan telah menerima vaksin.

Fasa kedua yang bermula April lepas hingga Ogos ini akan melibatkan pemvaksinan ke atas 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya.

Fasa ketiga pula yang bermula bulan lepas hingga Februari 2022 melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

Secara Rawak

Artikel Terbaru