Tuesday, June 22, 2021

Wan Saiful gesa Anwar hentikan permainan politik

Mesti baca

KUALA LUMPUR:  Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menasihati Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim  supaya menghentikan polemik dan permainan politik,  sebaliknya menyokong usaha kerajaan membasmi wabak Covid-19 dan membantu memulihkan keadaan ekonomi dan kesihatan rakyat.

Menurut beliau  adalah lebih baik bagi ketua pembangkang itu bersama-sama menyokong usaha kerajaan memastikan semua pihak mematuhi SOP dan mendaftar untuk mendapatkan vaksin.

“Sudah-sudahlah dengan permainan politik nak jadi PM, kerana rakyat semakin bijak menilai permainan beliau dan PH yang ternyata makin bercelaru naratif perjuangannya,” katanya,” katanya melalui laman web bersatu.org, semalam.

“Apabila Anwar cakap tiada perbincangan mengenai pertukaran pentadbiran kerajaan sewaktu jumpa Agong, adakah ini menunjukkan Anwar sedar selama ini dia hanya mereka-reka cerita sahaja?

“Sudah tiadakah formidable numbers yang diuar-uarkan sebelum ini?” katanya

Tegasnya Anwar harus sedar bahawa keputusan meletakkan negara di bawah Ordinan Darurat ini bukan sesuatu yang diambil mudah oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Perintah ini terpaksa dibuat bagi memastikan negara boleh memberi tumpuan kepada usaha memerangi Covid-19, dan memulihkan ekonomi negara,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru