Tuesday, June 22, 2021

Tubuh Mageran: PH tolak cadangan  Dr Mahathir

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menolak cadangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk diwujudkan kembali Majlis Gerakan Negara (Mageran).

PH  menegaskan cadangan itu bertentangan dengan prinsip mereka selaku parti yang Menurut PH lagi, yang diperlukan negara ini ialah pembukaan kembali sidang Parlimen bagi membincangkan isu berkaitan politik dan Covid-19.

“Pakatan Harapan menolak cadangan Mageran ini berdasarkan pendirian konsisten kami bahawa darurat perlu ditamatkan segera dan Parlimen perlu dibuka semula sekarang,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu ditandatangani Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Penyelesaian kepada masalah rakyat dalam isu Covid-19, ekonomi, malah juga politik memerlukan demokrasi berfungsi dengan baik, dan ruang terbaik untuk mendengar suara rakyat serta mencari penyelesaian ialah di Parlimen,” menurut kenyataan itu lagi

Semalam, Dr Mahathir telah mencadangkan penubuhan kerajaan atau kuasa baharu sama seperti Mageran yang pernah ditubuhkan pada tahun 1969 semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan, penubuhan Mageran berjaya memberi penyelesaian kepada situasi politik negara pada suatu ketika dahulu, malah beliau mendedahkan bersedia mengetuainya.

Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, cadangan itu dikemukakan atas keyakinan ia mampu menyelesaikan isu ekonomi, politik, sosial dan kesihatan yang dihadapi negara, kesan penularan pandemik Covid-19.

Keyakinan itu katanya,  bersandarkan kejayaan penubuhan MAGERAN pada 1969 yang diketuai Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, menyelesaikan masalah politik dihadapi ketika itu dan negara kekal stabil untuk tempoh panjang.

Selain itu, menurut beliau, badan seperti Mageran lebih mampu memastikan jumlah jangkitan dan kematian ketika ini berkurangan kerana ia bukan saja dibarisi ahli politik, malah teknokrat seperti pakar epidemiologi dan seumpamanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru