Tuesday, June 22, 2021

Teman lelaki kepada ibu kanak-kanak dera sampai mati masih ditahan di dalam lokap

Mesti baca

BETONG: Teman lelaki kepada ibu kanak-kanak berusia dua tahun yang dilaporkan meninggal dunia dipercayai didera di sini, masih ditahan dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong.

Ketua Polis Daerah Betong Deputi Superintendan Zamry Alli berkata ibu mangsa, abang suspek dan ibu suspek yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan.

“Satu-satunya suspek yang masih ditahan dalam lokap IPD Betong adalah teman lelaki ibu mangsa.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dalam beberapa hari ini dan akan dibawa ke hadapan Timbalan Pendakwaraya untuk arahan seterusnya,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sementara, Zamry berkata bedah siasat ke atas mangsa telah dijalankan pada Rabu dan siasatan hampir selesai.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada 6 Jun lalu, kanak-kanak malang itu dilaporkan meninggal dunia dipercayai didera, dengan kesan lebam di badan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail ketika mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu daripada pihak Hospital Betong pada jam 3.50 petang.

Secara Rawak

Artikel Terbaru