Tuesday, June 22, 2021

Siapa lagi jadi mangsa? 175.60  juta  sudah dijangkiti, 3.78 juta mati

Mesti baca

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini  sudah mencecah 175.60  juta manakala jumlah kematian keseluruhan ialah 3.78 juta.

Data terbaharu  Worldometers pada pagi Jumaat menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.27 juta kes dengan lebih 613, 920 kematian termasuk 421 kematian dalam 24 jam lalu.

Ini diikuti India dengan lebih 29.27 juta kes dengan 363,097  termasuk 3,402 kematian terbaharu dan Brazil dengan lebih 17.21 juta kes dengan  482,135  kematian termasuk 2,344 kematian terbaharu.

Negara yang mencatat angka melebihi lima juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.

Perancis merekodkan   lebih 5.72 juta kes jangkitan dan 110,270  kematian dengan  110, 270 kematian manakala Turki 5.31 juta jangkitan dengan  48,524   kematian.

Rusia pula merekodkan 5.16 juta kes jangkitan dengan 125,278 kematian.

United Kingdom, Itali dan Argentina mencatat kes melebihi empat juta kes.

Jerman, Sepanyol, dan Colombia pula mencatat lebih tiga juta kes.

Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih dua  juta kes. 

Secara Rawak

Artikel Terbaru