Friday, October 22, 2021

Sekatan pergerakan penuh dilanjutkan  dua minggu sehingga 28 Jun

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) atau ‘sekatan pergerakan penuh’ di seluruh negara yang bermula 1 Jun lalu, disambung lagi selama 14 hari bermula 15 sehingga 28 Jun ini.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub perkara itu diputuskan dalam Sidang Khas MKN Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Jumaat.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871.

“Senarai positif/negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan harian PKP, hari ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru