Tuesday, June 22, 2021

Pura-pura pengsan kerana mahu ponteng kerja

Mesti baca

BEIJING: Seorang lelaki memuat naik statusnya yang berjaya ponteng kerja selepas berpura-pura pengsan dan kisahnya tular di media sosial.

Pengguna Twitter turut memuatkan video berdurasi 18 saat menunjukkan aksinya pengsan di hadapan orang ramai.

Menurutnya dia mahu keluar seketika berikutan itu mengambil keputusan berpura-pura pengsan selepas memastikan pengurus kedai turut berada berdekatan.

Video itu menunjukkan dia bercakap dengan wanita di kaunter pasar raya tempat kerjanya apabila dia tiba-tiba mengangkat kedua-dua tangannya dan memegang kepalanya.

Seketika kemudian dia jatuh.

Wanita terbabit begitu terkejut dengan insiden itu.

Menurutnya lagi semua orang percaya dia pengsan dan telah diberikan coklat serta Lucozade percuma kemudian diminta balit rumah, lapor ARYnews.

Secara Rawak

Artikel Terbaru