Tuesday, June 22, 2021

Penduduk luar bandar Sarawak sambut baik langkah suntik dulu, daftar kemudian

Mesti baca

KAPIT: Tak perlu daftar, datang sahaja ke Pusat Pemberian Vaksin.

Itu  pendekatan paling praktikal untuk penduduk di pedalaman dan luar bandar di negeri ini yang mahu mendapat suntikan vaksin Covid-19.

Pendaftaran akan dilakukan selepas mereka menerima suntikan vaksin berkenaan bagi tujuan rekod.

Ini mengambil kira  kekangan termasuk dari segi kemudahan Internet, telefon pintar dan kecelikan menggunakannya khususnya dalam golongan berusia.

Ketika ini, selain cara konvensional dengan mendaftar melalui Pejabat Daerah, rakyat dikehendaki melalui aplikasi MySejahtera.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Negeri sedar akan kekangan dan kesukan dihadapi penduduk di luar bandar, juysteru mencetuskan idea tersebut bagi menyelesaikan masalah mereka, selain memastikan kadar penerima vaksin dapat dipercepat dan dipertingkatkan di negeri ini.

“”Cara  inbi akan mempercepat proses vaksinasi di Sarawak,” kata Abang Johari di sini, pada Khamis.

Jelasnya, penduduk di luar bandar, termasuk di rumah panjang boleh datang ke PPV di kawasan masing-masing.

Katanya lagi, sebanyak 16 pasukan bergerak akan beroperasi di Kapit, 20 pasukan di Bukit Mabong, dan masing-masing dua di Song dan Belaga.

Beliau menyedari tugas berat yang terpaksa dipikul oleh pasukan terbabit, tetapi percaya mereka akan dapat melakukannya.

Pendekatan terbaharu yang diambil oleh kerajaan itu diterima baik oleh penduduk di pedalaman dan luar bandar sarawak, dan mereka menyifatkannya sebagai langkah praktikal.

Beliau berkata penduduk di bahagian ini akan menerima sekitar 17,000 dos vaksin setiap minggu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru