Tuesday, June 22, 2021

Najib: Jangan teruskan darurat yang terbukti gagal

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Jangan diteruskan langkah terbukti gagal yang tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat dan negara.

Demikian  kata mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkaitan perkembangan terkini situasi  politik semasa.

Katanya, darurat yang kononnya untuk memerangi Covid-19 sudah gagal segagal-gagalnya.

“Fokus untuk bantu rakyat sekarang. Simpanan rakyat sudah terhakis sepenuhnya setelah enam bulan PKP 2.0 + PKP 3.0/3.1 + ‘Total’ Lockdown yang tak henti-henti,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Terdahulu beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan turut memetik kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memaklumkan Presiden Umno turut mempersembahkan kepada Tuanku YDP Agong lima pendirian penting Umno dalam isu-isu menyentuh kepentingan rakyat.

Berikut adalah isu terbabit:

  1. Kerajaan wajar memanfaatkan Ordinan Darurat untuk arahkan Bank-bank menawarkan Moratorium Tanpa Caj/Faedah Tambahan kepada semua kelompok termasuk M40
  2. Akses rakyat kepada i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0.
  3. Kawalan harga barang-barang keperluan sepanjang Darurat dan Pandemik.
  4. Parlimen dibenarkan bersidang bagi memastikan wujud akauntabiliti dan ‘semak dan imbang’’ dalam pentadbiran kerajaan.
  5. Darurat tidak diteruskan selepas 1 Ogos ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru