Tuesday, June 22, 2021

Kuching, Sibu, Bintulu, Tatau catat kes tinggi

Mesti baca

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 699 kes baharu positif Covid-19 dan lapan kematian, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Menurut JPBN, ini menjadikan keseluruhan kes positif di Sarawak meningkat kepada 54,330.

“Hari ini Kuching mencatatkan jumlah tertinggi dengan 205 kes, Sibu (79), Bintulu (72), Tatau (71), Song (41), Kapit (31), Bukit Mabong (31), Miri (27), Sri Aman (16), Samarahan (16), Asajaya (16), Lundu (11), Serian (11), Kanowit (9) dan Subis (8).

“Manakala masing-masing tujuh kes di Sarikei da Simunjan, Telang Usan (6), Marudi (5), Bau (4), Meradong (4), Belaga (3), Tebedu (3), Sebauh (3), Beluru (3), Selangau (3), Mukah (3), Dalat (2), Julau (1) dan Lubok Antu (1),” kata JPBN dalam kenyataan hari ini.

Mengenai kes kematian, JPBN berkata sebanyak tiga kematian direkodkan di Hospital Miri, dua di Sibu dan masing-masing satu di Kanowit, Subis dan Tatau.

“Kesemua mangsa berusia antara 53 hingga 80 tahun dengan melibatkan tiga wanita warga emas dan lima lelaki.

“Menjadikan sejumlah 342 korban wabak berkenaan di negeri ini,” ujar JPBN.

Mengulas lanjut, JBPN berkata sebanyak 469 kes baharu dibenarkan dicaj menjadikan sebanyak 81.867 peratus atau 44,374 individu sudah sembuh di Sarawak.

Secara Rawak

Artikel Terbaru