Tuesday, June 22, 2021

Hampir 400,000 sudah divaksin di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Sarawak telah menyaksikan hampir 400,000 divaksinasi di bawah Program Imunisasi Kebangsaan setakat semalam, sekali gus ketiga tertinggi di negara ini di belakang Kuala Lumpur dan Selangor.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), jumlah yang telah menerima dos pertama ialah 267,248 manakala jumlah yang menerima kedua-dua dos ialah 130,641.

Katanya, menerusi infografik dikongsikan di Twitter rasmi JKJAV, jumlah suntikan harian vaksin Covid-19 negara mencapai angka 157,949 pada Khamis.

Pencapaian itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini adalah 4.1 juta dos

Jumlah yang menerima dos pertama pada 10 Jun ialah 111,130.

Jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama setakat 10 Jun adalah 2.8 juta, manakala dos kedua adalah 1.3 juta.

Negeri yang paling tinggi jumlah pemberian vaksin Covid-19 ialah Kuala Lumpur dengan lebih 600,000, dan Selangor hampir 584,000 diikuti.

Menerusi infografik dikongsikan di Twitter rasmi JKJAV,

Jumlah harian melibatkan individu yang telah menerima dos kedua iaitu 46,819.

Secara Rawak

Artikel Terbaru