Tuesday, June 22, 2021

Fadillah Yusof disahkan positif Covid-19

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof disahkan positif Covid-19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal pada Khamis.

Menurut Unit Komunikasi Korporat Kementerian Kerja Raya  Fadillah telah menjalani rutin ujian saringan jam 10.15 pagi Khamis sebelum disahkan dijangkiti wabak itu.

“Sebelum ini beliau sentiasa menjalani ujian saringan dari semasa ke semasa dan keputusan adalah negatif termasuk terkini pada 3 Jun 2021,” katanya dalam satu kenyataan media.

Jelasnya, Datuk Seri Fadillah kini berada dalam keadaan stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.

“Beliau juga berdoa agar Allah SWT mempermudah urusan semua yang terlibat,” jelas kenyataan itu lagi. 

Fadillah akan menjalani kuarantin di rumah susulan tiada sebarang gejala yang ditunjukkan, seperti yang dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sepanjang tempoh kuarantin, Datuk Seri Fadillah akan terus memantau dan memastikan urusan kementerian berjalan dengan lancar,” tambahnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru