Tuesday, June 22, 2021

Dua kluster baharu muncul di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Jabatan Kesihatan Sarawak mengisytiharkan satu kluster tamat tetapi mengesan dua kluster baru Khamis.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menyatakan bahawa kluster tamat ialah kluster Sungai Tengah, Bau setelah tiada rekod kes baru dikesan dalam tempoh 28 hari.

“Namun begitu, JKNS mengisytihar dua kluster baru iaitu Kluster Bali Pie, Subis dan Kluster Jalan Samarakan, Tatau.

“Kluster Bali Pie dikesan melalui komuniti yang melibatkan dua buah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Sungai Bakas, Sibuti melalui pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan penduduk. 62 dikesan positif dan 181 didapati negatif melalui ujian saringan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Manakala, kluster Jalan Samarakan pula dikesan dalam komuniti melibatkan sebuah rumah panjang di bawah PKPD di jalan Samarakan melalui pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan penduduk.

Seramai 79 penduduk telah disaring dengan keputusan 49 kes dikesan positif, 28 negatif dan dua masih menunggu keputusan ujian saringan.

Selain itu, jumlah kluster yang masih aktif ialah 77 kluster. Sepuluh kluster aktif telah menyumbangkan 141 rekod penambahan kes baharu manakala 67 tidak merekodkan penambahan kes.

Sementara itu, Daerah Telang Usan bertukar status jingga daripada status kuning selepas merekodkan 37 kes jangkitan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Jumlah daerah berstatus jingga adalah sebanyak tiga daerah. Daerah Lundu pula kembali ke status kuning daripada jingga setelah merekodkan hanya 19 kes jangkitan dalam tempoh 14 hari.

Sebanyak sembilan daerah berstatus kuning dan tiada daerah yang berstatus hijau.

Secara Rawak

Artikel Terbaru