Tuesday, June 22, 2021

Cuba jual bom Perang Dunia Kedua di eBay

Mesti baca

HAMPSHIRE: Seorang lelaki dari Hampshire, UK dilaporkan cuba menjual sebutir bom era Perang Dunia Kedua di eBay yang ditemuinya di pekarangan rumah abangnya.

Rentetan itu polis menyerbu rumahnya dan menahan suspek, manakala keluarganya dan penduduk sekitar kediamannya dipindahkan ke kawasan lebih selamat.

Lelaki tersebut, Mark Williams, 51, menyenaraikan bom tersebut di eBay di sebalik amaran dari pakar.

Seorang pengumpul barangan ketenteraan, Ralf Sherwin memberi amaran kepada Williams sebaik sahaja melihat bom tersebut di eBay di bawah senarai “Bom WWII Jerman – asli, asal Southampton Blitz. Kondisi – sudah digunakan.”

Sherwin segera menghantar pesanan ringkas kepada William, berkata: “Adakah anda menyedari bom itu tidak dinyahaktif – ia masih berfungsi!”

William bagaimanapun tidak mengendahkan amaran Sherwin dan selepas setengah jam dia mendapati bom itu masih tersenarai di eBay Sherwin terus menghubungi pihak polis.

Pasukan bomba dan pasukan Pelupusan Ordinan Letupan Tentera dikerah mengambil bom tersebut untuk dilupuskan.

Menurut ARY news, William dibebaskan oleh pihak polis dan tiada dakwaan dihadapkan terhadapnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru