Tuesday, June 22, 2021

Apa itu Mageran?

Mesti baca

Semalam mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya Mageran ditubuhkan.

Majlis Gerakan Nasional (Mageran) diwujudkan selepas rusuhan 13 Mei yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak Hussein.

Mageran secara rasminya bermula pada 17 Mei dan memerintah Malaysia sehingga 22 Februari 1971.

Mereka yang dilantik sebagai ahli Mageran adalah seperti berikut: 

  • Menteri Dalam Negeri – Dr Ismail Abdul Rahman
  • Menteri Kewangan – Tan Siew Sin
  • Menteri Kerja Raya, Pos & Telekom – VT Sambanthan
  • Menteri Penerangan & Penyiaran – Hamzah Abu Samah
  • Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam dan kemudiannya Ketua Setiausaha Negara – Abdul Kadir Shamsuddin
  • Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia – Osman Jiwa
  • Ketua Polis Negara – Mohamed Salleh Ismael
  • Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri – Muhammad Ghazali Shafie
  • Pengarah Operasi – Lt Jen Datuk Ibrahim Ismail

Semasa pentadbirannya Mageran telah membentuk prinsip Rukun Negara

Secara Rawak

Artikel Terbaru