Tuesday, June 22, 2021

ADUN Mulu serah kerusi roda untuk warga emas

Mesti baca

MULU: Prihatin dengan keadaan warga emas Kaca Gali, 87 tahun yang tidak dapat berjalan akibat uzur, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Dato Gerawat Gala telah menyampaikan sumbangan kerusi roda. 

Sumbangan tersebut telah disampaikan Ketua Masyarakat Iban Kawasan Marudi Pemanca Randie Bundan yang mewakili Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Dato Gerawat kepada Dumang Ruma yang mewakili Kaca di Pusat Khidmat DUN Mulu pada Khamis.

Dalam pada itu, Dumang merakamkan ucapan terima kasih kepada ADUN Mulu atas sumbangan ini dan sekaligus memudahkan Kaca bergerak dengan menggunakan kerusi roda. 

Hadir sama Ahli Majlis Daerah Marudi Kaunselor Yanti Nyanggau. 

Secara Rawak

Artikel Terbaru