Tuesday, June 22, 2021

6,849 kes, Sarawak 699 kes

Mesti baca

KUCHING: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan  Sarawak merekodkan 699 kes  daripada sebanyak 6,849 kes baharu harian Covid-19  di negara ini hari ini.

Ini merupakan satu peningkatan berbanding 631 kes semalam.

Dengan itu, jumlah kes di negeri ini setakat ini ialah 54,330.

Dalam catatan di Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif jangkitan kini mencecah 646,411 kes.

Selangor  sekali lagi mencatatkan angka tertinggi dengan 2,558 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (884), Sarawak (699), Negeri Sembilan (685), Johor (426), Sabah (309), Kelantan (248), Pulau Pinang (205), Labuan (176), Melaka (170), Perak (161), Kedah (161), Pahang (89), Terengganu (66), Putrajaya (10) dan Perlis (2).

Secara Rawak

Artikel Terbaru