Tuesday, June 22, 2021

Tujuh lokaliti di Sarawak dikenakan PKPD

Mesti baca

KUCHING: Sebanyak tujuh lokaliti telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 6 hingga 23 Jun ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, dua lagi rumah panjang dilanjutkan PKPD manakala lapan kawasan ditamatkan PKPD.
“Kawasan yang diperintah PKPD adalah Kuarters Pekerja Malaysia WCT Construction Sdn Bhd, Tatau (5 hingga Jun), Rh Bair anak Mam, KM28 Jalan Samarakan, Tatau (6 hingga Jun), Rh. Ranggie Nanga Bekakap, Pakan (8 hingga 24 Jun) dan Rh. Ubil, Babai, Pakan (8 hingga 24 Jun).
“Turut dikenakan PKPD adalah Ko, Genega, Pakan (8 hingga 24 Jun), Rh. Sigi, Sg Sentebu Sare, Sarikei (9 hingga 25 Jun) dan PKPD Kampung Sinar Budi Baru, Kuching (10 hingga 23 Jun 2021),” kata JPBN dalam kenyataan pada Rabu.
JPBN berkata, dua rumah panjang di Sri Aman dilanjutkan PKPD bermula 8 hingga 21 Jun iaitu Rh. Kelly Kumpang Langgir, Engkilili dan Rh. Banying Kumpang Langgir.
“Manakala lapan kawasan ditamatkan PKPD bermula 7 dan 8 Jun.
“Iaitu Kuarters Pekerja Harwood Timber Sdn Bhd, Bintulu, Rh. Isa anak Blone, Tanjung Manis, Sungai Plan, Bintulu, Kuarters Pekerja Borneo Shipping & Timber Agencies Sdn Bhd, dan Rh. Samanggat anak Bubon, Ng Dia, Sangan, Tatau.
“Turut ditamatkan 8 Jun adalah Rh. Sewa Leader Garage, Bintulu; The Tulu, Bintulu Sentral, Bintulu dan Samalaju Executive Lodge Block W5, Press Metal Bintulu Sdn Bhd,” ujar JPBN.

Secara Rawak

Artikel Terbaru