Tuesday, June 22, 2021

Suntikan vaksin: Malaysia nombor lima di Asia Tenggara

Mesti baca

KUCHING: Di Asia Tenggara, Indonesia, negara 270 juta jiwa,  mendahului jumlah dos yang didaftarkan  untuk suntikan vaksin sebanyak 29 juta dos, jauh meninggalkan negara-negara lain.

Indonesia kini di tangga ke-18 dunia dari segi jumlah kes keseluruhan dengan 1,877,050 jangkitan, serta lebih 52,000 kematian.

Menurut data John Hopkins University, Filipina pula dengan 6 juta dos, Singapura dengan 4.3 juta dos, diikuti Thailand dengan 5 juta dos.

Filipina di tangga ke-24 dunia dengan 1,24 juta kes dan lebih 22,000 kematian.

Malaysia  di kedudukan kelima negara di Asia Tenggara dengan jumlah dos sebanyak 3.7 juta.

Malaysia di tangga ke-39 dengan 633,891 kes dan  3,611 kematian.

Lebih 2.2 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Selasa.

Secara Rawak

Artikel Terbaru