Tuesday, June 22, 2021

Selamatkan nyawa seekor lipas

Mesti baca

BANGKOK: Doktor haiwan baru-baru ini berkongsi pengalamannya merawat pesakit yang pertama kali di rawatnya sepanjang kerjayanya sebagai doktor haiwan dan ia menjadi tular serta-merta.

Thanu Limpapattanawanich, doktor haiwan dari Krathum Baen, Thailand, mendapati khidmatnya diperlukan untuk menyelamatkan nyawa pesakit yang sangat istimewa.

Menurutnya seorang lelaki datang ke kliniknya membawa seekor lipas yang cedera selepas dipijak oleh pejalan kaki.

Gara-gara tidak sampai hati melihat lipas itu mati di jalanan, lelaki itu mengutip dan membawanya ke Hospital Haiwan Sai Rak.

Doktor Limpapattanawanich bukan sahaja tidak mentertawakan telatah lelaki itu, tetapi menerima kes tersebut dengan hati terbuka dan merawatnya tanpa meminta sebarang bayaran.

Menurutnya biarpun baru pertama kali merawat lipas, tetapi dia tetap menerima cabaran tersebut dan lipas itu diletakkan di dalam tangki oksigen untuk memastikan ia dapat bernafas sebaiknya.

Lipas itu mempunyai peluang 50/50 peratus untuk terus hidup.

Lelaki itu membawa serangga itu pulang bersama-samanya untuk dijaga sehingga ia pulih sepenuhnya lapor odditycentral.

Tindakan perihatin lelaki dan doktor tersebut menyebabkan netizen media sosial terkesan dan memuji mereka berdua.

Secara Rawak

Artikel Terbaru