Tuesday, June 22, 2021

Menteri jangan berlakon, kata Puad

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi berpandangan menteri perlu berhati-hati apabila turun ke akar umbi.

Menurut beliau rakyat boleh melihat serta boleh menilai mana pemimpin yang ‘ori’ dengan pemimpin yang sekadar berlakon apabila turun berjumpa rakyat.

“Hendak tunjuk perihatin, tamatkan darurat, buka Parlimen, perjuangkan moratorium, pakej bantuan yang lebih menyeluruh dan percepatkan vaksinasi,’ katanya menerusi catatan di Facebook.

“Ketika ini rakyat beremosi, marah dan kecewa. Menteri perlu berhati hati. Jangan suka suka ke tempat publik untuk tunjuk perihatin. Rakyat tahu menilai pemimpin ori yang berjiwa rakyat. Jangan over dan nampak berlakon bila turun ke akar umbi,”  ujarnya.

Katanya lagi, langkah berkenaan jika tidak kena gayanya akan terjadilan sepertimana presiden Prancis.

“Silap-silap kena tampar macam Presiden Perancis. Semoga rakyat Malaysia tidak begitu,” katanya lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru