Tuesday, June 22, 2021

Mengaku tertekan, lelaki tebuk buah-buahan pasar raya

Mesti baca

NARA: Polis di Koryo, Nara, menahan lelaki berusia 71 tahun atas tuduhan merosakkan buah-buahan di sebuah pasar raya.

Menurut polis, lelaki tersebut menggunakan jari-jarinya menebuk lubang di dalam buah kiwi, pisang dan beberapa buah lain di sebuah pasar raya, lapor Sankei Shimbun.

Secara keseluruhannya dia merosakkan 16 buah-buahan bernilai 4,145 yen (RM156), kata pihak pasar raya.

Lelaki itu mengaku melakukan semuanya dan menurutnya dia berbuat demikian bertujuan menghilangkan rasa tertekan dan gelisahnya.

Dia juga mendakwa sudah melakukan perkara yang sama sebanyak 30 kali sejak April lalu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru