Tuesday, June 22, 2021

Empat kematian: 540 pulih di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Sebanyak empat kes kematian dan 540 kes pulih baharu melibatkan jangkitan Covid-19 direkodkan di Sarawak hari ini.

Menurut kenyataan media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menyatakan bahawa jumlah kes kematian meningkat kepada 334 orang.

“Kes kematian melibatkan tiga orang wanita dan seorang lelaki warga emas yang berusia 63 tahun sehingga 70 tahun.

“Kesemua kes mempunyai masalah penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, dislipidemia, penyakit paru obstruktif kronik, dan pancreatic benign tumour,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Manakala, kes pulih dan dibenarkan keluar hospital meningkat kepada 43,905 atau 81.86 peratus daripada jumlah kes keseluruhan di Sarawak.

Jumlah kes aktif yang memerlukan rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital adalah seramai 9,276 orang.

Selain itu, 631 PUI baru telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.

Sementara itu, sebanyak 631 kes baru Covid-19 dicatatkan dan 61.33 peratus dikesan di lima buah daerah iaitu Kuching (105), Miri (102), Sri Aman (71), Sibu (55) dan Tatau (54).

Manakala, Kapit (37), Subis (36), Bintulu (28), Samarahan (24), Telang Usan (23), Serian (22), Song (19), dan Lubok Antu (10). Dalat dan Mukah masing-masing sembilan kes.

Bau, Asajaya, dan Sebauh turut mencatatkan lima kes. Tanjung Manis dan Sarikei dua kes. Julau, Lawas, Beluru, Simunjan dan Meradong berkongsi satu kes. Jumlah keseluruhan kes telah meningkat kepada 53,631.

Secara Rawak

Artikel Terbaru