Tuesday, June 22, 2021

Dendam sejak 2020, lelaki terus kutuk, ludah kedai acar

Mesti baca

TOKYO: Pada musim bunga 2019, seorang lelaki berusia 60 tahun mengunjungi kedai acar di Suminoe Ward, Osaka.

Lelaki tersebut dan pemilik kedai acar itu bertengkar tentang jumlah mata yang dikeluarkan oleh arked tempat kedai itu beroperasi.

Lelaki tersebut dikatakan tidak puas hati dengan pemilik kedai terbabit.

Untuk menunjukkan rasa tidak puas hatinya, dia akan kembali ke kedai itu beberapa kali dalam sebulan, mengucapkan komen mengutuk dan sumpahan seperti “mati” dan kemudian meludah di jalan masuk ke kedai terbabit.

Insiden ini berlaku dari Januari sehingga Oktober 2020.

Meludah di tempat awam merupakan sesuatu perbuatan jijik di Jepun dan melakukannya di tempat orang ramai berkumpul merupakan pelanggaran ke atas Akta Jenayah Kecil.

Namun, pemilik kedai acar memutuskan membiarkan sahaja dan tidak mengambil apa-apa tindakan untuk setahun, dengan harapan lelaki itu menghentikan perbuatannya.

Ekoran kemunculan pandemik Covid-19 pada September lepas, pemilik kedai yang bimbang tindakan lelaki itu dapat mencetuskan penyakit, telah bersemuka dengannya dan meminta dia menghentikan perbuatannya.

Namun, lelaki terbabit menuduh pekedai tersebut cuba mendatangkan kecederaan.

Selepas dia menerangkan situasi sebenar kepada polis, lelaki tersebut disiasat polis dan mereka menyaksikan sendiri perbuatan lelaki itu ketika melakukan intipan di hadapan kedai mangsa.

Lelaki itu didakwa atas tuduhan jenayah kerana perbuatannya dianggap “berniat jahat”, lapor Japan Today.

Secara Rawak

Artikel Terbaru