Tuesday, June 22, 2021

Dayak Chair Seminar Series landasan kongsi dapatan kajian

Mesti baca

KOTA SAMARAHAN: Dayak Chair Seminar Series anjuran Institut Pengajian Borneo, UNIMAS telah diadakan baru-baru ini secara atas talian iaitu menggunakan aplikasi Cisco Webex event.

Seminar ini adalah pembentangan mengenai adat Iban iaitu “Adat Pati Nyawa” yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr Marina Rona daripada Kepala Bagian Hukum, Setda Kabupaten Sanggau, Kalimantan Barat, Indonesia.

Turut hadir bersama juga adalah Pengarah Eksekutif Institut Dayakologi, Tuan Krissusandi Gunui’ dan dikendalikan oleh moderator yang berpengalaman yang juga merupakan Penyandang Kursi Dayak iaitu Yang Berbahagia Profesor Dr Spencer Empading Sanggin.

Dayak Chair Seminar Series bertemakan “Adat Pati Nyawa” mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan dihadiri 237 peserta secara maya dan turut dihadiri oleh pihak Mahkamah Adat Istiadat Sarawak serta agensi-agensi kerajaan, swasta mahupun individu persendirian.

Seminar ini juga merupakan landasan bagi para penyelidik untuk berkongsi dapatan hasil kajian khususnya mengenai suku Dayak kepada masyarakat dan para akademik universiti dan akan diteruskan pada masa akan datang tertakluk kepada ruang dan masa yang sesuai.

Link video penuh seminar ini boleh didapati pada link berikut; https://youtu.be/Lq1QYFfMorM

Secara Rawak

Artikel Terbaru