Tuesday, June 22, 2021

KKM tubuhkan Pusat Penilaian Covid-19

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan telah menubuhkan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) yang berfungsi sebagai pusat sehenti untuk penilaian individu yang disahkan positif sebelum ditentukan sama ada sesuai untuk menjalani isolasi dan pemantauan kendiri di rumah atau memerlukan kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PRKC) / hospital.

Menurut KKM dalam satu kenyataan, inisiatif ini dilaksanakan bagi mengenal pasti kes-kes Covid-19 yang memerlukan rawatan lanjut dirujuk ke PKRC atau hospital, manakala kes-kes Covid-19 yang stabil dibenarkan menjalani pemantauan kendiri di rumah.

“Secara tidak langsung, ini dapat mengurangkan kesesakan di hospital ketika negara sedang menghadapi peningkatan kes Covid-19 yang mendadak,” katanya.

“Oleh itu, pesakit Covid-19 Kategori 1 (tidak bergejala) dan Kategori 2 (bergejala ringan) akan dipantau oleh CAC manakala pihak hospital akan merawat pesakit Kategori 3 dan ke atas,” katanya.

Jelasnya lagi, PKRC pula ialah penempatan untuk Pesakit Kategori 1 dan 2 yang tidak layak untuk menjalani isolasi dan pemantauan kendiri di rumah.

KKM menjelaskan, tujuan penubuhan CAC ialah mengenal pasti pesakit yang bersesuaian untuk dipantau di rumah atau perlu dimasukkan ke PKRC / hospital dan memantau dan menilai perkembangan pesakit di rumah menggunakan Borang Pemantauan di rumah / MySejahtera, selain menyelaras rujukan pesakit ke PKRC / hospital jika perlu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru