Thursday, December 9, 2021

Tajuddin dikompaun RM1,500, tak pakai pelitup

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikenakan kompaun RM1,500 kerana gagal memakai pelitup semasa mengadakan sidang media berkaitan kemalangan tren LRT di stesen KLCC, pada 25 Mei.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kesalahan dilakukan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-peraturan Pencegah dan Kawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Tawaran kompaun sebanyak RM1,500 akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu seperti dipetik Astro Awani.

Pada 27 Mei lalu, polis memaklumkan telah memanggil Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak itu untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan itu.

Sebelum itu, media melaporkan polis menjalankan siasatan terhadap Tajuddin susulan video yang tular di media sosial menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka ketika sidang media berhubung insiden pelanggaran tren Transit Aliran Ringan (LRT).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru