Tuesday, September 21, 2021

Penurunan kes positif susulan PKP 3.0

Mesti baca

KUCHING: Statistik menunjukkan penurunan jumlah kes positif Covid-19 pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-22 iaitu sebanyak 1,379 kes (penurunan sebanyak 2.6 peratus) berbanding ME ke-21.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, situasi ini adalah susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 oleh kerajaan bermula pada 12 Mei lalu.

“Namun begitu dalam tempoh yang sama, jumlah kes aktif didapati terus meningkat berikutan peningkatan kes yang mendadak pada ME ke-20 dan ME ke-21,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada awal ME ke-21 (23 Mei 2021), jumlah kes aktif adalah sebanyak 57,022 kes dan pada awal ME ke-22 (30 Mei 2021), ia meningkat kepada 78,017 kes [peningkatan sebanyak 20,995 kes (37 peratus)].

“Meskipun terdapat penurunan 2.6 peratus kes mingguan, namun jumlah kes aktif masih terus meningkat,” jelasnya.

Pada 8 Jun 2021, katanya lagi,  jumlah kes aktif Covid-19 yang masih dalam rawatan dan pemerhatian adalah sebanyak 82, 797 kes.

Secara Rawak

Artikel Terbaru