Tuesday, June 22, 2021

Pemuda Pas: Sebarang provokasi terhadap Agong, tindakan derhaka, khianat

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Sebarang usaha menimbulkan provokasi dan ketidakpercayaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah seperti yang dimainkan sesetengah parti politik, adalah suatu tindakan derhaka dan khianat, kata Pemuda Pas.

Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin berkata Pemuda Pas memberi amaran kepada mana-mana ahli politik yang ingin menyalahgunakan peluang ini untuk mendapatkan kuasa, jangan berani bertindak bodoh sehingga menggugat kesejahteraan dan keamanan negara dalam tempoh pandemik ini.

“Pemuda Pas menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menzahirkan sokongan penuh terhadap usaha Yang di-Pertuan Agong, serta mendoakan kesejahteraan dan keamanan negara Malaysia. Semoga kita semua sentiasa bersatu dalam melawan pandemik Covid-19  yang mengancam nyawa kita, serta membangunkan kembali negara ke arah yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, Dewan Pemuda Pas Mmengambil maklum atas berita yang tersebar bahawa satu pertemuan akan diadakan antara baginda dengan pemimpin-pemimpin parti politik, wakil dari Parlimen serta wakil dari Pejabat Peguam Negara.

“Pertemuan SPB Yang di-Pertuan Agong dengan pemimpin-pemimpin parti politik adalah suatu perkara yang jarang berlaku pada zaman pemerintahan sebelum ini,’ katanya.

Namun, ujarnya ia  menjadi kelaziman baginda untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin parti politik khususnya dalam isu melibatkan politik dan pemerintahan negara.

Katanya lagi, sebelum ini juga, baginda telah mengadakan pertemuan yang sama semasa negara menghadapi kemelut politik, sehingga atas kebijaksanaan dari tindakan baginda, akhirnya penyelesaian ditemui dan kemelut dapat dihentikan.

 

 

 

Secara Rawak

Artikel Terbaru